Monday, October 3, 2011

LOGO BARU PSKK 2011



Ini adalah logo baru yang dipersetujui oleh ahli mesyuarat dan exco yang baru dilantik pada awal 2011 yang lepas. Setiap huruf mewakili setiap perkataan dalam Persatuan Seni Khat Kebangsaan. Logo lama diganti kerana ianya mengandungi ayat al-Quran. Dikhuatiri akan tercemar kesuciannya apabila mungkin jatuh atau tersalah letak ditempat yang tidak sepatutnya.

Monday, February 14, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSKK

Tarikh : 26 Feb 2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Balai Seni Lukis Negara

Aktiviti Program :
i. Pembentangan Aktiviti Tahunan
ii.Laporan Kewangan
iii. Pengesahan Logo Baru Persatuan
iv. Pembubaran Jawatankuasa Kerja sesi 2009-2010
v. Perlantikan Jawatankuasa Kerja sesi 2011-2012


Semua ahli persatuan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ahli dijemput datang bagi memeriahkan majlis.

Tuesday, February 1, 2011

SEMINAR SENI KHAT DI TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU 2011

SEMINAR DAN PERTANDINGAN SENI KHAT akan dianjurkan oleh Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu pada 12-13 Mac 2011 bertempat di Taman Tamdun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, Terengganu. Saya difahamkan bahawa seminar seni khat ini akan dihadiri oleh penulis khat (khattat) terkenal kelahiran Bosnia yang menetap di Mesir iaitu Munib Obradovic yang dijemput khas oleh TTI untuk pengisian seminar tersebut.
Munib Obradovic adalah penulis seni khat yang terkenal dan mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa ketika ini. Di samping sering diundang mengadakan pameran dan workshop seni khat di sekitar Mesir dan beberapa negara lain, beliau juga adalah pemenang tempat ke dua (Thuluth Jali) dalam pertandingan seni khat anjuran IRCICA Turki pada tahun 2007. Hasil karyanya sungguh mengkagumkan. Kehebatan tulisannya setanding penulis-penulis khat terkenal Turki seperti Daud Bektash dan Muhammad Ozcay dan ini  diakui sendiri oleh ramai tokoh-tokoh seni khat seluruh dunia. InsyaAllah, harapannya pada program ini nanti beliau akan berkongsi dengan kita pengalaman beliau serta mendedahkan rahsia-rahsia untuk menghasilkan tulisan khat yang indah sepertimana karyanya dan bagaimana seorang yang bukan berbangsa Arab sangat berjaya dalam seni khat Arab ini. Jadi peluang ini sangat ditunggu-tunggu oleh penulis seni khat di Malaysia. Ambillah peluang..!  Amat jarang acara sebegini diadakan di Negara kita.
Pertandingan seni khat pula dipecahkan kepada empat kategori: 
1) Kanvas. 2) Kayu. 3) Logam dan 4) Spontan. Hadiah yang sangat lumayan menanti peserta. 
Sila lihat detailnya di bawah ini. 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
09-6278805 (Pertanyaan) / 013-2626061 (En. Khalizan) / 017-9305890 (Zafuan) 
Sumber : http://diwanikraf.com/ terima kasih Ust Abdul Baki

BENGKEL SENI KHAT TAHUN 2011

Tarikh : Mula 5 Mac hingga Julai 2011
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Bilik Bengkel Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM)
Pertanyaan : Sila layari laman web MKIM di

No Telefon : Bahagian Pendidikan MKI : 03-22705101 / 5103 / 5111

Sekian untuk makluman