Sunday, February 22, 2015

PAMERAN DAN DEMONSTRASI KHAT DI MATIC (MALAYSIAN TOURISM INFORMATION CENTER) JALAN AMPANG

PAMERAN DAN DEMONSTRASI KHAT DI MATIC (MALAYSIAN TOURISM INFORMATION CENTER)
JALAN AMPANG

Tarikh : 2 Mac hingga 31 Mac 2015
Tempat : MATIC (MALAYSIAN TOURISM INFORMATION CENTER) JALAN AMPANG
Masa : 20.30 pagi hingga 5.00 petang

Aktiviti Utama  : 
Pameran  dan demonstrasi seni khat oleh penggiat khat Malaysia

Perasmi : 
Tan Sri Dr. Rais bin Yatim
Mantan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan



Saturday, February 21, 2015

LAWATAN PSKK KE LEMBAGA KALIGRAFI ALQURAN (LEMKA), SUKABUMI INDONESIA

Tarikh : 1-4 Feb 2015
Peserta : 29 orang

Tujuan : 
i. Mendapatkan info berkaitan aktiviti kesenian khat di negara Indonesia
ii. Melihat sendiri aktiviti pembelajaran seni khat di salah satu pusat pengajian seni khat terbesar di Indonesia
iii. Mengambil maklumat2 berguna untuk dipraktikkan di Malaysia berkaitan teknik, cara pengajaran dan pembelajarann seni khat 
iv. Merapatkan hubungan ukhuwwah antara khattat Malaysia dan Indonesia.

















 Admin bersama Tuan Guru Isep Misbah, salah seorang murabbi khat di sini.
 Ahmad Yasari alBogiesy


KURSUS SENI KHAT DAN KRAF 2015 
Anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) & PSKK 

Alhamdulillah Kursus Penulisan Seni Khat bagi tahun ini berjalan lancar dengan sambutan yang begitu memberangsangkan. Peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan ada seorang amoi yang bersama kita kali ini. Memang tak sangka. Terdapat juga warga Indonesia (1 orang) dan pasangan suami isteri daripada USA yang bekerja di sini. Seorang  anak muda kelahiran USA (Ibu USA & bapa Melayu) juga berminat dengan seni khat ini walaupun menulis dengan tangan kiri. 

Kursus kali ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :
 i. Kelas Kanak2 (Sabtu jam 10-1.00 ptg)
ii. Kelas Asas Dewasa (Sabtu jam 2.30-5.30 ptg) dan 
iii. Kelas Lanjutan Dewasa (Sabtu jam 2.30-5.30 ptg) dikelas yang berasingan.

Kursus ini berlangsung setiap sabtu jam 2.30 - 5.30 petang di Bengkel Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Terima kasih kepada staff MKIM yang banyak membantu dalam melancarkan program ini iaitu Pn Nor Nizreen Othman dan Pn Firdahayu serta beberapa lagi kakitangannya. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan boleh menjadi pemangkin kepada kelahiran bakal-bakal penulis khat untuk generasi yang akan datang






 Org kuat ....