Tuesday, June 1, 2010

KURSUS PENULISAN KHAT 2010

PSKK dan Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur (MKIKL) telah menjalankan kursus Penulisan Khat yang sedang berlangsung di  MKIKL mulai bulan Febuari hingga Jun 2010. Bagi peserta kursus, mereka merasa amat bertuah kerana dapat menuntut ilmu khat daripada pakar2 khat kebangsaan terutamanya dari Pengerusi PSKK sendiri iaitu Ust Mohd Yusuf Abu Bakar dan beberapa penceramah khat daripada persatuan sendiri. Adalah diharapkan program-program seumpama ini dapat diteruskan untuk masa akan datang dan memberikan banyak manfaat kepada semua pihak.

Wajah-wajah peserta...pelbagai peringkat usia...
Khatboard menjadi alat wajib bagi kursus ini..

Monday, April 26, 2010

MESYUARAT EXCO

Pada 25 April yang lepas telah diadakan mesyuarat jawatankuasa PSKK bagi membincangkan beberapa isu semasa dan perkara berbangkit. Alhamdulillah dengan adanya mesyuarat ini beberapa perkara telah dirancang dan dibincangkan. Adalah diharapan segala perancangan persatuan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan InsyaAllah

Ahlan Wasahlan...

Assalamualaikum wm wbt...

Alhamdulillah Wasyukrillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat jua pihak AJK PSKK bagi mewujudkan laman web @ blog ini bagi memeriahkan lagi kegiatan khat di persada arus perdana. Kepada rakan-rakan AJK Persatuan anda dipersilakan menghantar seberapa banyak mungkin bahan-bahan berkaitan seni khat sama ada artikel, rencana atau aktiviti yang melibatkan seni khat. Para pengunjung juga boleh menghantar sebarang komentar atau cadangan yang bernas kepada pentadbir (admin) blog ini dan akan diterbitkan sekiranya bersesuaian.

Sila poskan komen atau pandangan anda ke pskk09@gmail.com. InsyaAllah kami AJK PSKK sesi ini akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memartabatkan kegiatan seni khat di negara kita yang tercinta ini. Semoga pewujudan blog ini akan mengeratkan lagi ukhuwah diantara persatuan dan ahlinya serta para penggiat seni khat di seluruh tanah air.

Sekian Wassalam...

Admin (Abdul Wahab Khalid)
Exco Pendidikan PSKK
Sesi 2008/2010