Sunday, November 24, 2013

SEKITAR TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMI ART FESTIVAL

Alhamdulillah selesai sudah Festival Kesenial Islam Antarabangsa Terengganu 2013 yang dianggap terbesar di negara ini setakat ini. Semoga lebih banyak lagi program2 kesenian Islam seperti ini dijalankan dimasa-masa akan datang. Kami penggiat seni khat tanah air merasa sangat teruja dan amat bertuah kerana penganjuran ini dapat membawa satu dimensi baru kesenian khat serta dapat mengenali tokoh2 khat antarabangsa yang sama-sama hadir pada dalam program tersebut. 








Pemenang Karya Siap Logam





Saturday, April 13, 2013

MESYUARAT AJK PSKK DI PEJABAT BARU

Tempat : Pejabat Operasi PSKK (Baru), No 13 & 14, The Souq, Aras Bawah, Masjid Putra
Masa : 10.00 - 12.30tghr
Kehadiran : Seperti dilampiran
 


 Ruang legar mengadap ke gerai jualan tekstile

 Bergambar kenangan dihadapan pejabat baru...Alhamdulillah
 Dalam proses penyusunan

Terima Kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana memberikan peluang menghuni di sini setelah lebih 20 tahun mencari lokasi yang bersesuaian dan ini sahaja yang termampu oleh kami. InsyaAllah kami akan menjalankan banyak program berkaitan Kesenian Khat di sini dan kami memerlukan sokongan anda semua untuk melancarkan program-program yang akan dijalankan di sini nanti.

Tunggulah pengumuman terkini daripada kami nanti bagi aktiviti pada masa depan.

Jangan lupa sertai kami di https://www.facebook.com/groups/pskkm/

TERKINI DI KURSUS KHAT 2013

 






Penggunaan Khatboard memudahkan pengajar khat dan pelajarnya
http://khatboard.blogspot.com




Monday, January 7, 2013

KURSUS SENI KHAT DAN KRAF 2013

 Adalah dimaklumkan Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan akan mengadakan Kursus Penulisan Khat untuk masyarakat umum sebagaimana maklumat berikut :
Tarikh mula : Setiap Sabtu mulai 9 Mac 2013 Masa : 2.30 - 5.30 petang Tempoh masa : 19 Minggu Tempat : Bengkel Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur (sebelah Masjid Negara)
Subjek khat yang diajar :
i.  Khat Nasakh - Ust Abd Wahab Khalid ii. Khat Riq'ah & Khat Diwani  - Ust Mohd Yusuf Abu Bakar iii.Khat Kufi - Ust Mohd Asra' Mohd Osman iv.Khat Thuluth - Ust Zawadi Che Seman & Ust Zainurrahman Afandi v. Kraf (lukisan kanvas) - Ust Moonair Nazir vi. Zukhrufah - Ust Khaidir Mohd Ali
InsyaAllah akan diadakan satu slot belajar Khat Kufi Murabba' (Square) menggunakan komputer yang akan dikendalikan oleh saya sendiri.
Anda dijemput menghadiri kursus tersebut kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan boleh sms atau hubungi : 
Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia di talian :  03-2270 5103 (Nizreen)  03-2270 5101 (Firdahayu)  
atau melayari :
http://www.iamm.org.my/i_edu/?page_id=48