Monday, January 7, 2013

KURSUS SENI KHAT DAN KRAF 2013

 Adalah dimaklumkan Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan akan mengadakan Kursus Penulisan Khat untuk masyarakat umum sebagaimana maklumat berikut :
Tarikh mula : Setiap Sabtu mulai 9 Mac 2013 Masa : 2.30 - 5.30 petang Tempoh masa : 19 Minggu Tempat : Bengkel Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur (sebelah Masjid Negara)
Subjek khat yang diajar :
i.  Khat Nasakh - Ust Abd Wahab Khalid ii. Khat Riq'ah & Khat Diwani  - Ust Mohd Yusuf Abu Bakar iii.Khat Kufi - Ust Mohd Asra' Mohd Osman iv.Khat Thuluth - Ust Zawadi Che Seman & Ust Zainurrahman Afandi v. Kraf (lukisan kanvas) - Ust Moonair Nazir vi. Zukhrufah - Ust Khaidir Mohd Ali
InsyaAllah akan diadakan satu slot belajar Khat Kufi Murabba' (Square) menggunakan komputer yang akan dikendalikan oleh saya sendiri.
Anda dijemput menghadiri kursus tersebut kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan boleh sms atau hubungi : 
Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia di talian :  03-2270 5103 (Nizreen)  03-2270 5101 (Firdahayu)  
atau melayari :
http://www.iamm.org.my/i_edu/?page_id=48