AKTIVITI SEMASA

PAMERAN DAN DEMONSTRASI KHAT DI MATIC (MALAYSIAN TOURISM INFORMATION CENTER)
JALAN AMPANG

Tarikh : 2 Mac hingga 31 Mac 2015
Tempat : MATIC (MALAYSIAN TOURISM INFORMATION CENTER) JALAN AMPANG
Masa : 20.30 pagi hingga 5.00 petang

Aktiviti Utama  : 
Pameran  dan demonstrasi seni khat oleh penggiat khat Malaysia

Perasmi : 
Tan Sri Dr. Rais bin Yatim
Mantan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan





KURSUS SENI KHAT DAN KRAF 2015 
Anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) & PSKK 

Alhamdulillah Kursus Penulisan Seni Khat bagi tahun ini berjalan lancar dengan sambutan yang begitu memberangsangkan. Peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan ada seorang amoi yang bersama kita kali ini. Memang tak sangka. Terdapat juga warga Indonesia (1 orang) dan pasangan suami isteri daripada USA yang bekerja di sini. Seorang  anak muda kelahiran USA (Ibu USA & bapa Melayu) juga berminat dengan seni khat ini walaupun menulis dengan tangan kiri. 

Kursus kali ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :
 i. Kelas Kanak2 (Sabtu jam 10-1.00 ptg)
ii. Kelas Asas Dewasa (Sabtu jam 2.30-5.30 ptg) dan 
iii. Kelas Lanjutan Dewasa (Sabtu jam 2.30-5.30 ptg) dikelas yang berasingan.

Kursus ini berlangsung setiap sabtu jam 2.30 - 5.30 petang di Bengkel Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Terima kasih kepada staff MKIM yang banyak membantu dalam melancarkan program ini iaitu Pn Nor Nizreen Othman dan Pn Firdahayu serta beberapa lagi kakitangannya. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan boleh menjadi pemangkin kepada kelahiran bakal-bakal penulis khat untuk generasi yang akan datang






 Org kuat ....















MESYUARAT EXCO PSKK
Tarikh : 14 April 2013
Masa : 10.00 pagi-12.30 tghr
Tempat : Pejabat Operasi PSKK yang baru di SOUQ Putrajaya, 
Tingkat Bawah Masjid Putra, Putrajaya  




 
KURSUS PENULISAN KHAT
Anjuran Bersama 
PSKK dan Muzium Kesenian Islam Malaysia
Tarikh : Feb -  Jun 2013
Masa : Setiap Sabtu Jam 2.30-5.30 ptg
Tempat : Bengkel Bahagian Pendidikan
Muzium Kesenian Islam Malaysia


Mesyuarat Jawatankuasa Pusat

Tarikh : 21 Ogos 2010
Tempat : Muzium Kesenian Islam Malaysia, KL
Masa : 10.30pg - 2.30ptg
Agenda : 
Membincangkan tentang aktiviti persatuan, penetapan tarikh mesyuarat agung 2010, majalah persatuan dan lain-lain perkara berbangkit