Monday, April 26, 2010

Ahlan Wasahlan...

Assalamualaikum wm wbt...

Alhamdulillah Wasyukrillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat jua pihak AJK PSKK bagi mewujudkan laman web @ blog ini bagi memeriahkan lagi kegiatan khat di persada arus perdana. Kepada rakan-rakan AJK Persatuan anda dipersilakan menghantar seberapa banyak mungkin bahan-bahan berkaitan seni khat sama ada artikel, rencana atau aktiviti yang melibatkan seni khat. Para pengunjung juga boleh menghantar sebarang komentar atau cadangan yang bernas kepada pentadbir (admin) blog ini dan akan diterbitkan sekiranya bersesuaian.

Sila poskan komen atau pandangan anda ke pskk09@gmail.com. InsyaAllah kami AJK PSKK sesi ini akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memartabatkan kegiatan seni khat di negara kita yang tercinta ini. Semoga pewujudan blog ini akan mengeratkan lagi ukhuwah diantara persatuan dan ahlinya serta para penggiat seni khat di seluruh tanah air.

Sekian Wassalam...

Admin (Abdul Wahab Khalid)
Exco Pendidikan PSKK
Sesi 2008/2010

2 comments:

sallehuddin said...

Assalamualaikum! Kursus snei khat pada tahun 2011 bila akan dimulakan?

sallehuddin said...

AJK Pusat PSKK (2008-2010) akan luput. Ana nak tahu AJK 2011 sudah dilantik ke belum?